Search This Blog

Friday 30 September 2011

Tak Bijak

Entry ni bukan pasal produk mencuci muka... *err sori terasa* Ni tetiba nak masuk. Isu ni rasanya tak payah la nak cerita pepanjang. Dah selalu sangat dah bangkit. Orang pun dah tau semua backstory benda ni kan? HUDUD! What's the problem. Kenapa la isu ni nak gaduh. Actually pada aku la kalau la hudud nak dibuat dekat Kelantan, memang tak boleh! Bukan sebab apa tapi sebab nak buat undang2 jenayah bawah kuasa Kerajaan Pusat and Parlimen. Aku yang baru asasi part 1 pun tau! Bukan la nak cakap Tok Guru Nik Aziz salah tapi benda ni more to technicality issue.

     So basically PAS nak hudud, DS Anwar pun sokong, why DAP tak sokong? Bukan sebab diorang tak suka or benci hukum Islam but sebab bertentangan with Federal Constitution! Tu je so tak payah la kecoh2 sangat. Buat musuh serang je kan? Siap halau2 and ugut nak keluar PR ni apa cer? Tapi biasa la tu kan kawan2 bergaduh. Gaduh2 manja katakan :) So elok la bincang baik2 then selesaikan dengan baik. Nak betul2 buat hudud. Takeover Federal Government first! Menang GE-13, amend constitution, buat hudud! Tu pun kalau betul2 nak buat la and hopefully so. Ok so tak nak komen banyak2 sebab aku ni baru asasi part 1, ilmu belum cukup nak cakap benda2 legal ni but basically kalau pun DAP setuju PAS still can't implement the law because it is unconstitutional. End of point! Ada gaya lawyer tak? haha :p

So bukanlah nak cakap anyone tak bijak tapi apa yang dilakukan diorang ni kurang bijak. Bila gaduh kat public ni, mestilah media2 putar alam macam TV3suku, Utusan Malasnya dan Berita Hairan akan putar dan meng'AMPLIFY' kan 'perpecahan' ni kan. Nanti mula la keluar macam2 peribahasa cam 'Retak Menanti Belah' dan 'Tidur Sama Bantal, Mimpi Lain2'. Nanti siapa yang susah? Penyokong2 PR jugak yang susah nak jawab ngan penyokong BN! Kalau dapat kat obefiend mesti kena teruk diorang ni. So sebagai rakyat berwibawa aku tak nak menghentam sesiapa cuma nak nasihat: BE SMART! *macam aku* PRU dah dekat ni janganlaa korang bukak ruang untuk diserang. Ni haa korang tengok la apa pandangan PR pasal isu ni. But basically, it's resolved, for the time being!


Ok2 i think tu je la for now. Tak payah2 la nak cerita panjang2 pasal banyak lagi blog cerita pasal ni. Nanti tak larat pulak korang nak baca. Ok lepas ni nak buat entry pasal produk pencuci muka :) *ehh*

Assalamualaikum...

p/s: On a personal notice, i do support hudud as a muslim and so should all muslims! And *tetiba* happy October :)

GEMBIRA!!!

Assalamualaikum!

First of all, sori la lama gila tak update blog :/ *eh lama sangat ke?* Bukan apa seminggu ni kat kolej takde wifi! Kampit *tiru ayat joe lagi* sangat kan?! Tapi berterima kasih la jugak sebab minggu ni minggu exam. Kalau ada wifi memang yang distudy fb dan twitter je la kan? hehe.

Emm actually pasal tajuk entry ni, memang banyak benda yang mengGEMBIRAkan! :D

First:
Exam dah habis! First sem dah habis! Alhamdulillah penat belajar selama berbulan *padahal malam sebelum exam baru study*habis pun exam. Exam ni okay la jugak. Takde la senang sangat and takde la susah sangat. Kira kacang sederhana la. Tapi ada jugak benda yang menyedihkan :( One of it terpaksa berpisah ngan kawan2. Kawan aku takde la banyak sangat tapi ada la jugak. Aku ni tak la terkenal cam gjot! Paling sedih kena pisah with awek (bajet ada je) and roommate T_T *diorang sedih ke?*

     Tapi itu kira ok lagi sebab next sem boleh jumpa! yang kedua ni lagi sedih, SERIOUSLY sedih: i have eyebag! akibat kuat sangat study *beristighfar* sehingga terlebih kekurangan tidur, mata aku tertukar dengan species yang hampir pupus: panda. Takyah la nak tangkap gambar mata nanti sama lak cam model tu! *eh terasa?* Err sampai sekarang pun masih ada eyebag :/ Tapi takpelah masih hensem! *muntah subway* Ok2 cukup pasal perkara menyedihkan. Back to GEMBIRA :]

Second:
Cuti sem. Sudah cukup lama tak ku kecapi cuti begini lama! Cuti sebulan lebih kot! Tanya kawan2 uni lain semua cuti 2-3 minggu je. Huh LAME *gelak besar* Tapi tetiba terfikir pulak. Apa nak buat cuti lelama ni? -_- Nak dating takde awek. Nak keje tak layak. Nak tidur dah terlebih. Hmmm... what to do? Tapi takpelah rasanya cuti ni eloklah mendekatkan diri dengan Allah. Beribadah tu lebih elok kan :) Insyaallah aku akan penuhi hari dengan ibadah sunat *wajib pun tak penuh -_-* dah buat amal jariah. Tapi rasanya dibandingkan dengan beribadah aku akan lebih banyak makan dah kembali kepada rupa dulu (chubby and comel) T_T Harap2 tak la!

     Kawan2 pulak ada la plan nak gerak Genting la Penang la. So apa2 pun cuti ni Kita Enjoy! *tiru ayat cite Puteri*

Ok so rasanya itu je kot nak cakap for this entry. Memang sekarang sedang sangat gembira. Tak tau kenapa macam tiba2 je. Mungkin dah gila. *ehh* Dah2 Cuti ni don't worry aku akan rajinkan update blog.

Alright then assalamualaikum and salam Satu Malaysia :)
Camni la gembiranya aku :)

p/s: nantikan 2nd cover aku. banyak orang request!

Monday 19 September 2011

FIRST COVER = FAIL!!!

Assalamualaikum and selamat malam pagi...

Malam tadi tetiba je aku ngan adik aku teringin nak buat cover lagu. Sebenarnya dah lama dah! So terus la naik ke markas (baca: bilik) and open my Macbook. So dengan muka kampitnya *tiru ayat joe* aku ngan adik aku pun terus la buat video ni. Aku main gitar dia nyanyi. Emm habis je buat video tu kitorang pun tengok la. Sampai sekarang aku masih sakit perut sebab muntah tak henti2. Eh tak la tipu je adik aku yang muntah, aku tengok rileks je. Nampak cool sangat aku dalam video tu :) *muntah makanan last week*. Sooo, takde apa2 pun nak cakap korang tengok la video tu sendiri. Sori mula2 tu macam ada technicality problem skit. Enjoy! *la sangat...* Sebelum tengok, baca dulu pesanan kat bawah!



Dah tengok? Handal kan? *muntah adik-beradik* TAK? Ada aku kesah? Yang penting awek suka! Eh ada ke? Kbye. Geli pun ada aku dengar suara kitorang -_- korang tahan je la ye. Tak tahan boleh pegi baca blog serius. Assalamualaikum...

p/s: Sedikit pesanan, sebelum tengok sediakan tuala basah dan baldi untuk menanmpung bilangan muntah yang mungkin berlebihan. Enjoy kutuk kitorang :]

Friday 16 September 2011

Apa2 je

Assalamualaikum and good pagi!

Hari ni takde nak cakap amenda sangat pun. Ramdom je post ni. First sekali, nak cerita skit, semalam movie night dengan family, kitorang tengok dua cerita hantu, Hantu Bonceng dan Tolong, Awekku Pontianak. Baru je download beli DVD original. Best tu memang la best. Tengok cerita hantu Melayu ni rasa nak gelak je. Memang la sebab cerita lawak kan -_- tapi bukan sebab lawak, sebab... emm aku pun tak tau apa nak cakap.

Haha kadang2 bila banding ngan cerita luar negara rasa nak muntah tengok! *muntah betul2*. Bukan la tak support filem negara sendiri tapi terpaksa tak support. Ye la, cuba korang tengok sendiri, filem yang keluar wayang dah la klise' nak mam! hantu, hantu lagi, hantu lagi2, cinta, komedi, hantu lagi. Ya Allah langsung takde variety. Tunggu lah aku direct movie sendiri nanti. Eh layak ke? Ok my point here, aku bukanlah nak mengutuk, menghina, mencaci, memaki hamun filem sendiri dan mengagungkan, mencintai, membesar-besarkan filem luar, tapi pembikin2 filem kita kena berubah dan melakukan paradigm shift *amboi ayat* barulah boleh nak support habis-habisan! So itu je la nak cerita. Btw, Zizan dalam Hantu Bonceng memang terbaik!

Mesej khas kepada David Teoh: ENOUGH WITH THE GHOST MOVIES!!! kthanksbye

Secondly, oleh kerana Gjot buat posting pasal raya kat rumah Yaya aku pun nak la :) *jealous*. Ahaha Yaya ni kata nak buat makan2 kecik2 je tapi HAMBIK! Siap buat event kat fb -_- Seratus lebih orang dia jemput! Tak tau la pulak kalau itu kecik pada dia. Ok2 karang kutuk lebih2 maut aku... Memang best la 'makan2' kat rumah Yaya ni, makan pun sedap, layanan pun baik, emm All In All ok la ;) Masalah satu je makanan habis sebab gjot banyak sangat makan! Ehh tak la gurau je. *sebenarnya betul*

Haha nah ni nak tunjuk skit gambar kat rumah Yaya:
Ni la Yaya, the lovely tuan rumah yang pemalu peramah

Ni aku dan Gjot yang kuat makan

Yang kiri sekali tu Joe Jambul Jonas. Padahal nama Ahmad Lutfi je

Gambar reramai, dari kiri: Gjot, Amirah, Yaya, Aku a.k.a Mr. Hensem, Arif and Joe Lutfi

Gambar reramai 2, dari kiri: Alya a.k.a tukang masak *eh*, Gjot a.k.a Gayman, Roxallini a.k.a Ratata *apa tu*, Aku, Yaya, Lutfi and Arif

Hamboih yang tukang masak tu orang bergelak ketawa kau posing maut ye?!
Ni girlfriend bestfriend lama :) Lama sangat tak jumpa!
Ni girlfriend (kawan perempuan) baru. Nama dia Amirah Filzah. Dia ni model tau! Kau mampu?
Poyonya dua orang tu!












That's all from me now. Malas nak tulis bebanyak. Pasni nak pegi open houses lagi. Ini la akibatnya famous! Eh famous ke? *muntah*

p/s: jangan download movie, belilah dvd ori macam saya. don't support piracy! Lagi satu, Juliana Evans serius hot! Confirm boleh masuk blog serius. Ini serius. Gjot muntah tengok blog ni aku muntah tengok kau! Kbye.

Sekian, assalamualaikum...

PEMALAS

Assalamualaikum...

Pemalas? Siapa? Pemilik blog ni -_- Kalau cakap pasal malas ni I'm the best at it! Final exam for this sem next week. Isnin ni weii!!! Aku satu hapa pun tak study lagi! :/ Ya Allah can die one liddis T_T Serious nak nangis. Confirm boleh masuk blog serius. Eh ada kena mengena? Dah ni terpengaruh plak nak berblog apa bagai ni. Lagi la preoccupied dengan benda berfaedah. Eh tak berfaedah. Dah la kalau fb and twitter tu kalau tak buka sehari memang tak sah -______-



Sekarang ni tengah fikir macam mana la nak buang kemalasan ni? Bunuh diri? Tak boleh sebab dosa besar. Buang benda yang mengganggu seperti fb dan twitter? Pun dikira membunuh diri. Eh ye ke? Bila tengok kawan2 lain study kat library aku pun ikut sama tapi diorang study sejam aku bertweet 3 jam! Tapi takpe hari ahad ni aku nak study habis habisan! *as if*. Haha harap2 la syaitan2 (kawan2, twitter dan fb) jangan mengganggu aku hari tu. :) Ahaha so apa2 hal wish me luck for the exam. Moga Allah permudahkan menjawab dan meniru (eh ni taklah) nanti. Amin...

p/s: Nasihat kepada kawan2 kat luar sana. Janganlah jadi malas sebab tak elok. Orang yang rajin mesti berjaya, kalau malas jadi macam pak cik ni! Kenal tak? Tak kenal pandai2 la korang kenalkan :D

Assalamualaikum...
Pak cik ni dulu malas belajar sejarah

Hari Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ni 16 September, Hari Malaysia atau dalam inggeris Malaysia Day. Rasanya kalau sebelum 2008 orang tak tau apa Malaysia Day ni kan? Haa tapi kalau sekarang ni rasanya tak payah la bagitau pasal semua orang dah tau! :) Sebenarnya orang yang buatkan Hari Malaysia ni terkenal adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Kenapa? Mungkin sebab rancangan 16 September tu kot. Tak! DSAI la yang buatkan Hari Malaysia ni terkenal sebab dialah yang mula2 cadangkan 16 September dijadikan cuti umum untuk memperingati kemasukan Sabah and Sarawak ke Malaysia. Tapi tak payah la cerita pasal tu kat sini :)

Korang dengar tak pengumuman PM semalam? Terasa rugi sangat sebab tak dengar! haha. Dengar cerita macam2 berita baik diumumkan suami Kak Mah ni! Yang paling best, ISA MANSUH!!! Bila dengar je berita ni rasa best pulak. Walaupun takde la pernah join demo Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kan? haha tapi rasa macam menyumbang :) Ehh ada sumbangan ke? Maybe in the future la. Nah baca ni! Semua yang Najib janjikan. Tapi pasti ke janji tak tinggal janji? http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-isa-dimansuh-tiga-proklamasi-darurat-dibatal/

Actually post ni bukan la nak cerita pasal Hari Malaysia sangat pun. Sebenarnya selama rasa pelik sangat kenapa beberapa tahun belakangan ni macam tak meriah sangat Hari Kemerdekaan kita? Macam ada something fishy~ So kalau boleh bagi la feedback kenapa jadi camtu. Rakyat Malaysia tak patriotik? Tak puas hati dengan sesuatu? Apa korang rasa? Tapi frankly i personally think there's no need for a celebration... *tak patriotiknya aku*. Jap2. Korang dah tengok video Undilah? Bagi yang belum, HAMBIK!

Sekarang ni nak cerita pulak pasal Hari Malaysia tahun ni. What do you think i spent the whole day doing? Pergi open house! Ya Allah sumpah penat. Pelik pun ada diorang ni apa kejadahnya buat open house hari Jumaat? -______-  Pagi2 dah pergi ke Rawang, ada 2 buah rumah. Lepas tu balik2 terus pergi solat Jumaat. Balik je solat Jumaat terus siap2 pergi lagi rumah2 saudara! Dalam hati ni cakap "diva sangat ke parents aku ni? banyak benor jemputan!" Dah la I have to do all the driving -_- Dapat gaji masyuk jugak! Haha tapi takpe la sekurangnya dapat jugak la jumpa sedara mara yang dah lama hilang. Nenek sedara tu dah 5 tahun tak jumpa! Tapi rasa pelik jugak awat jumpa sedara mara time raya je? Time lain tak boleh? :/ Itulah Melayu! Tapi kira ok la buat Jejak Kasih skit hari ni :p haha. Korang buat apa Hari Malaysia ni?  

Dah2 sebelum merepaek lagi jauh baik la berhenti di sini. I think that's all for this post. Sumpah rasa macam tak kena mengena ngan tajuk kan? haha. Lantak la apa aku kisah ;)

Assalamualaikum, Selamat Malam dan Happy Malaysia Day!

Newbie

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera...

Hye! haha tiba2 beberapa hari lepas rasa macam nak buat blog. Kenapa? Emm haha tak tau la. Mungkin sebab banyak orang buat blog sekarang kan so nak jugak la rasa camne ada blog ni! Basically i have no experience whatsoever pasal blogging2 ni -_- Sebelum ni memang ada blog tapi kejap je lepas tu... (pandai2 la korang teka apa).

Actually blog ni bukan pasal my life sahaja. Anything rasa nak post i will post. Pasal my life ke, my study ke, politik ke, negara ke, anything la senang cerita! Fashion pun boleh :) eh tak la tak reti fashion2 ni haha. Err apa lagi nak cakap eh? :/ Yeah i think that's all for my first post ni pasal memang tak tau nak cakap apa! haha. Alright then till my next post :)



Assalamualaikum and Selamat Sejahtera...