Search This Blog

Saturday 24 December 2011

Sweet!

This is so freakin' sweet!!! Watch it and you'll see :')

One day i'll do that!

Kenapa Aku Sokong Adam Adli

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

     Sori la agak lama tak update blog. I've been so busy this couple of week. And this time seriously! Hahaha so this post, macam korang boleh baca kat tajuk tu aku nak bagitau kenapa aku sokong Adam Adli. Korang kenal tak sapa Adam Adli ni? Kalau tau baguslah, kalau tak tau, korang memang ulu. Gila! Tak baca berita lettew. So Adam Adli ni adalah mahasiswa berani yang cukup berani (banyaknya berani -_-) menurunkan bendera DS Najib Razak kat PWTC masa demonstrasi SMM tuntut kebebasan akademik hari tu. Sebenarnya benda ni tak begitu meluas sebab mahasiswa kat Malaysia ni nampaknya belum cakna (amboi kemain penggunaan bahasa) dengan kebebasan dan hak diorang. Mahasiswa kat Malaysia ni lagi suka duduk diam2, belajar, dapat good result. Ye memang tu la korang kena buat sebnarnya tapi sebab tu la mahasiswa Malaysia ni tak maju dari segi pemikiran dan ideologi. They are so binded by the idea of academic importance that they forgot the importance of voicing their right and their responsibilities towards the society.

     So berbalik kepada isu Adam Adli. Lepas tindakan berani dia tu, kemain keras dia dikecam dan dikutuk terutama oleh gerombolan2 (bak kata Hisham Rais) dan mahasiswa2 pro-A. Tapi dia hebat kan, so rileks, cool je. Macam aku la muahahaha. Eh tak kalau aku mungkin dah lari keluar negara T_T Tu tak kira lagi ugutan yang dia terima, nak sepak la, nak pukul la, paling tak logik dan pengotor, nak ludah! Amboi kemain brother Armand ni! Dah tengok video 'Panglima Ludah'? Kalau tak tengok lagi, sila lah tengok. Tapi bersedia untuk gelak! Hahaha alang2 tu tengok la sekali versi remix dan kutuk :p Armand ni orang UMNO/PERKASA, jenis yang extrimis2 tu la, tu yang sampai nak ludah2 tu! Punya la marah kononnya turunkan bendera pemimpin diorang kurang ajar, tak beradab. Hmm aku nak tanya pulak, kawan2 korang pijak dan bakar gambar Ketua Menteri Penang tu ok pulak? Beradab? Ada yang lagi teruk kencing kat gambar Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Hadi Awang. Eh beradabnya!

 
Eh ada kena ludah tak mamat ni?
Amboi tak jumpa toilet ke bang?
     So aku rasa korang boleh nilai sendiri la kan? Adam Adli tu turun bendera Najib 5 minit je, lepas tu dia naikkan balik pulak. Yang orang2 kat atas ni rasanya jauh lagi biadap kan, ada kena ludah? Lu pikir lah sendiri. Pada aku isu turun bendiri ni isu kecik je, saja diperbesarkan untuk tutup isu sebenar, kebebasan akademik! So apa2 pun aku tetap sokong Adam Adli ni dan sokong orang yang perjuangkan kebebasan akademik. Aku harap kerajaan aku cepat pinda AUKU especially seksyen 15 dan seksyen 3. Korang tak tau pandai2 la cari ye. Pak cik Google ada :) And not to forget pinda jugak Akta 174 untuk UiTM! So remember mahasiswa pun sekarang sedang membangkit. Tengok la student2 UM, wifi mahal pun demo! So ingat kerajaan, jangan sombong! All in all, HIDUP MAHASISWA!

Ok ni je la for now, thanks for reading. Assalamualaikum :)

Thursday 15 December 2011

LOGIK???

 Assalamualaikum and salam sejahtera...

     Tadi aku ngan kawan aku jalan kaki balik dari breakfast nak ke kolej. Jalan2 bila sampai kat gate tu polis bantuan/guard tahan kitorang. Dia tanya la mana kad pelajar? Nasib baik aku bawak so aku keluarkan terus pakai tapi kawan aku tak bawak haha. Nasib la polis tu baik dia tak la bagi saman ke apa ke. Sebelum ni aku dah kena T_T Lepas tu dia tegur kitorang sebab pakai selipar. Padahal baju seluar kitorang semua ok, kitorang pakai pakaian macam pegi kelas tu la, cuma pakai selipar! Kitorang pun tak cakap banyak just angguk je la. Salam pak cik tu lepas tu blah. Pastu dalam perjalanan kitorang sembang la pasal ni.

     Kitorang sebenarnya pelik ngan universiti ni. Takyah la sebut nama universiti nanti kena gantung pulak! hahaha. Tapi korang fikir, logik tak? Kat universiti ni perempuan pakai ketat2, terbonjol sini sana ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan tak pakai tudung ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan rambut karat habis ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan pakai short sampai nampak selulit semua bagai ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan pakai baju cleavage semua nampak macam Mariah Kari ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Paling tak logik perempuan pakai selipar ok, laki pakai selipar tak ok! LOGIK???

     Aku bukanlah nak hentam uni ni ke apa ke cuma korang fikir la sendiri apa kejadahnya peraturan camni? Are there two sets of rules here? Satu untuk perempuan satu untuk laki? Dalam Islam sendiri pakai ketat2, tunjuk cleavage, tunjuk rambut tu rasanya tak boleh untuk perempuan, tapi pakai selipar tak boleh ke? Mungkin ni lah jadinya kalau universiti yang lebihkan Melayu dari Islam. Tak pakai tudung ok, tak pakai selipar saman! Gila punya peraturan. Mungkin diorang ni tak rujuk al-Quran sebelum buat peraturan kot. So sorry tapi harap2 janganlah gantung aku, i'm just expressing my view. So pelis change! Kbye

Assalamualaikum :)

p/s: Aku mengalu-alukan langkah kerajaan memansuhkan seksyen 5 AUKU. Jangan pulak lupa pinda Akta 174 UiTM!

Sunday 4 December 2011

TIME!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

     Aku tak nak cakap apa sangat pun sebenarnya. Entry ni cuma bertujuan nak mintak maaf. Sebab apa? Sebab lama gila tak hapdet blog ni. Sebenarnya sejak masuk belajar ni sibuk sikit. Sori tipu, sebenarnya tak la sibuk sangat tapi kat kolej tu wifi macam asdfghjkl -_-' Kalau balik pun sibuk beriadah dan bermesra dengan keluarga so takde la masa :(

     So yup basically tu je la nak cakap. So itu je la for today. Kalau ada masa insyaallah aku akan hapdet blog ni :) btw entry ni pun aku post dalam kereta. Bayangkan sibuknya aku kan? *patdd* So yeah itu je la. Nantikan entry seterusnya. Insyaallah dalam dua tiga... TAHUN lagi! eh tak la kalau ada masa aku update :)

Till later. Assalamualaikum...