Search This Blog

Saturday, 21 April 2012

Speechless...

Hye uolls!

     Lama gila tak update blog, like bertahun kot -_- bukan apa, been very busy. Errr tak pun sebenarnya, just malas and takde idea. Sebenarnya sekarang ni tengah cuti, 5 BULAN ok! Cuti paling lama dalam masa 19 tahun ni :') Hmm btw tak nak cakap apa pun, cuma sedang asyik menonton video2 di youtube, aku terjumpa video ni. Damn, serious sadis. Mohon tonton! And not safe for pak cik tua2 and ibu mengandung. Eh tak saja over -_-




Rasa SPEECHLESS tak?! Who knows children could be this evil? Gotta be careful with kids now :/ Hmm that's it for now. Bye folks! Tunggu la 2-3 tahun lagi untuk next post :p Assalamualaikum...

Sunday, 29 January 2012

I'M BACK!!!

Fuhhh! *tiup habuk*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wassup uolls! Ergh dah bersawang bhaii blog ni! =..=

     Pertama sekali aku nak mintak maaf sangat kat peminat2 setia blog ni diluar sana *eh ada ke?* sebab dah lama sangat dah tak update blog. Sangat sibuk T_T, no aku tipu, sebenarnya malas! LOLOL. Err haha emm hari ni aku saja je la update blog sebab nak buang2 habuk, actually tade idea pun nak cakap apa :p

     Ok la pertama sekali nak cakap pasal HAKA. Apa tu? Hari Kecemerlangan Asasi. Minggu ni, fakulti aku ada buat aktiviti2 untuk bebudak asasi. Boleh dikatakan semua join la, termasuk aku *sebenarnya malas* T_T. Untuk HAKA ni aku join dua aktiviti, debat and futsal. Kalau orang yang kenal aku boleh muntah darah dengar aku main futsal! Tapi believe it, but tak la hebat, main pun kejap je. Debat pulak, kitorang cuma sampai preliminary je. Team debat aku Gjot *syaiton*, Shahrezal dan aku sendiri. Ada tiga session untuk preliminary round ni, kitorang kalah semua, awesome gitew! We are awesome guys! But walaupun kalah, aku dapat 2 kali best debater! Muahaha that awesome feeling :')

Perasaan bila dapat jadi best speaker
Aku dan rakan2 team debat. Mohon yang photobomb kat belakang tu disappear from this world please!

      And then untuk futsal kitorang kitorang dapat sampai ke quarter final! Berkat kehebatan rakan2 aku la :') Awesome liow *credit to obefiend* sangat korang! Walaupun kitorang kalah, tapi rasa sangat seronok terutama bagi seorang kaki bangku *sad but true* macam aku :) Nah gambar sikit, "Hidup Tidak Bermakna Tanpa Bergambar".


Ni la team futsal. Hmm you people can't deny, we got style ;)
Tengok sikit no2 kitorang. Sobs i like that guy with the no 69 :')

Ni gambar kitorang satu kelas :) Love you LWA02C!

     So itu je la sikit2 about HAKA ni, sori aku dah kekeringan idea nak update blog. Assignment pun nak siap sibuk update blog, rasa bersalah pulak -_-. Ohh and  sebelum aku terlupa, salah seorang all-time favourite actor aku, Liam Neeson, bercadang nak masuk Islam. Ini membuatkan aku sangat gembira, he's an awesome guy :') Nah, baca ni, Liam Neeson Considering Converting To Islam. Damn, love this guy.  He's awesome liddat! Moga Allah memberikan dia hidayah untuk memeluk Islam.

Awesome guy is awesome :')
Ok la, itu je untuk entry ni. Insyaallah aku takkan tinggalkan blog ni lama2 dah lepas ni :) Assalamualaikum...

Saturday, 24 December 2011

Sweet!

This is so freakin' sweet!!! Watch it and you'll see :')

One day i'll do that!

Kenapa Aku Sokong Adam Adli

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

     Sori la agak lama tak update blog. I've been so busy this couple of week. And this time seriously! Hahaha so this post, macam korang boleh baca kat tajuk tu aku nak bagitau kenapa aku sokong Adam Adli. Korang kenal tak sapa Adam Adli ni? Kalau tau baguslah, kalau tak tau, korang memang ulu. Gila! Tak baca berita lettew. So Adam Adli ni adalah mahasiswa berani yang cukup berani (banyaknya berani -_-) menurunkan bendera DS Najib Razak kat PWTC masa demonstrasi SMM tuntut kebebasan akademik hari tu. Sebenarnya benda ni tak begitu meluas sebab mahasiswa kat Malaysia ni nampaknya belum cakna (amboi kemain penggunaan bahasa) dengan kebebasan dan hak diorang. Mahasiswa kat Malaysia ni lagi suka duduk diam2, belajar, dapat good result. Ye memang tu la korang kena buat sebnarnya tapi sebab tu la mahasiswa Malaysia ni tak maju dari segi pemikiran dan ideologi. They are so binded by the idea of academic importance that they forgot the importance of voicing their right and their responsibilities towards the society.

     So berbalik kepada isu Adam Adli. Lepas tindakan berani dia tu, kemain keras dia dikecam dan dikutuk terutama oleh gerombolan2 (bak kata Hisham Rais) dan mahasiswa2 pro-A. Tapi dia hebat kan, so rileks, cool je. Macam aku la muahahaha. Eh tak kalau aku mungkin dah lari keluar negara T_T Tu tak kira lagi ugutan yang dia terima, nak sepak la, nak pukul la, paling tak logik dan pengotor, nak ludah! Amboi kemain brother Armand ni! Dah tengok video 'Panglima Ludah'? Kalau tak tengok lagi, sila lah tengok. Tapi bersedia untuk gelak! Hahaha alang2 tu tengok la sekali versi remix dan kutuk :p Armand ni orang UMNO/PERKASA, jenis yang extrimis2 tu la, tu yang sampai nak ludah2 tu! Punya la marah kononnya turunkan bendera pemimpin diorang kurang ajar, tak beradab. Hmm aku nak tanya pulak, kawan2 korang pijak dan bakar gambar Ketua Menteri Penang tu ok pulak? Beradab? Ada yang lagi teruk kencing kat gambar Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Hadi Awang. Eh beradabnya!

 
Eh ada kena ludah tak mamat ni?
Amboi tak jumpa toilet ke bang?
     So aku rasa korang boleh nilai sendiri la kan? Adam Adli tu turun bendera Najib 5 minit je, lepas tu dia naikkan balik pulak. Yang orang2 kat atas ni rasanya jauh lagi biadap kan, ada kena ludah? Lu pikir lah sendiri. Pada aku isu turun bendiri ni isu kecik je, saja diperbesarkan untuk tutup isu sebenar, kebebasan akademik! So apa2 pun aku tetap sokong Adam Adli ni dan sokong orang yang perjuangkan kebebasan akademik. Aku harap kerajaan aku cepat pinda AUKU especially seksyen 15 dan seksyen 3. Korang tak tau pandai2 la cari ye. Pak cik Google ada :) And not to forget pinda jugak Akta 174 untuk UiTM! So remember mahasiswa pun sekarang sedang membangkit. Tengok la student2 UM, wifi mahal pun demo! So ingat kerajaan, jangan sombong! All in all, HIDUP MAHASISWA!

Ok ni je la for now, thanks for reading. Assalamualaikum :)

Thursday, 15 December 2011

LOGIK???

 Assalamualaikum and salam sejahtera...

     Tadi aku ngan kawan aku jalan kaki balik dari breakfast nak ke kolej. Jalan2 bila sampai kat gate tu polis bantuan/guard tahan kitorang. Dia tanya la mana kad pelajar? Nasib baik aku bawak so aku keluarkan terus pakai tapi kawan aku tak bawak haha. Nasib la polis tu baik dia tak la bagi saman ke apa ke. Sebelum ni aku dah kena T_T Lepas tu dia tegur kitorang sebab pakai selipar. Padahal baju seluar kitorang semua ok, kitorang pakai pakaian macam pegi kelas tu la, cuma pakai selipar! Kitorang pun tak cakap banyak just angguk je la. Salam pak cik tu lepas tu blah. Pastu dalam perjalanan kitorang sembang la pasal ni.

     Kitorang sebenarnya pelik ngan universiti ni. Takyah la sebut nama universiti nanti kena gantung pulak! hahaha. Tapi korang fikir, logik tak? Kat universiti ni perempuan pakai ketat2, terbonjol sini sana ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan tak pakai tudung ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan rambut karat habis ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan pakai short sampai nampak selulit semua bagai ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan pakai baju cleavage semua nampak macam Mariah Kari ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Paling tak logik perempuan pakai selipar ok, laki pakai selipar tak ok! LOGIK???

     Aku bukanlah nak hentam uni ni ke apa ke cuma korang fikir la sendiri apa kejadahnya peraturan camni? Are there two sets of rules here? Satu untuk perempuan satu untuk laki? Dalam Islam sendiri pakai ketat2, tunjuk cleavage, tunjuk rambut tu rasanya tak boleh untuk perempuan, tapi pakai selipar tak boleh ke? Mungkin ni lah jadinya kalau universiti yang lebihkan Melayu dari Islam. Tak pakai tudung ok, tak pakai selipar saman! Gila punya peraturan. Mungkin diorang ni tak rujuk al-Quran sebelum buat peraturan kot. So sorry tapi harap2 janganlah gantung aku, i'm just expressing my view. So pelis change! Kbye

Assalamualaikum :)

p/s: Aku mengalu-alukan langkah kerajaan memansuhkan seksyen 5 AUKU. Jangan pulak lupa pinda Akta 174 UiTM!

Sunday, 4 December 2011

TIME!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

     Aku tak nak cakap apa sangat pun sebenarnya. Entry ni cuma bertujuan nak mintak maaf. Sebab apa? Sebab lama gila tak hapdet blog ni. Sebenarnya sejak masuk belajar ni sibuk sikit. Sori tipu, sebenarnya tak la sibuk sangat tapi kat kolej tu wifi macam asdfghjkl -_-' Kalau balik pun sibuk beriadah dan bermesra dengan keluarga so takde la masa :(

     So yup basically tu je la nak cakap. So itu je la for today. Kalau ada masa insyaallah aku akan hapdet blog ni :) btw entry ni pun aku post dalam kereta. Bayangkan sibuknya aku kan? *patdd* So yeah itu je la. Nantikan entry seterusnya. Insyaallah dalam dua tiga... TAHUN lagi! eh tak la kalau ada masa aku update :)

Till later. Assalamualaikum...

Tuesday, 8 November 2011

Jom join segmen Cik Tikah

Assalamualaikum and selamat sejahtera :)

     Hari ni ada satu lagi game nak main! Aku ditagged oleh Wawa. Game ni dibuat oleh Cik Tikah. Haha so nak tau pasal game ni baca la kat blog dia tapi basically it's simple je, teka umur Cik Tikah ni :)


Ok so without further a due i gave you the answer:

Twenty Three?

Emm dah itu je kot. Lol harap2 betul la! Ok before that i'm suppose to tag some people to anwer this kot.


Alright that finish! Thank you i guess. Assalamualaikum :)