Sori la agak lama tak update blog. I've been so busy this couple of week. And this time seriously! Hahaha so this post, macam korang boleh baca kat tajuk tu aku nak bagitau kenapa aku sokong Adam Adli. Korang kenal tak sapa Adam Adli ni? Kalau tau baguslah, kalau tak tau, korang memang ulu. Gila! Tak baca berita lettew. So Adam Adli ni adalah mahasiswa berani yang cukup berani (banyaknya berani -_-) menurunkan bendera DS Najib Razak kat PWTC masa demonstrasi SMM tuntut kebebasan akademik hari tu. Sebenarnya benda ni tak begitu meluas sebab mahasiswa kat Malaysia ni nampaknya belum cakna (amboi kemain penggunaan bahasa) dengan kebebasan dan hak diorang. Mahasiswa kat Malaysia ni lagi suka duduk diam2, belajar, dapat good result. Ye memang tu la korang kena buat sebnarnya tapi sebab tu la mahasiswa Malaysia ni tak maju dari segi pemikiran dan ideologi. They are so binded by the idea of academic importance that they forgot the importance of voicing their right and their responsibilities towards the society.
So berbalik kepada isu Adam Adli. Lepas tindakan berani dia tu, kemain keras dia dikecam dan dikutuk terutama oleh gerombolan2 (bak kata Hisham Rais) dan mahasiswa2 pro-A. Tapi dia hebat kan, so rileks, cool je. Macam aku la muahahaha. Eh tak kalau aku mungkin dah lari keluar negara T_T Tu tak kira lagi ugutan yang dia terima, nak sepak la, nak pukul la, paling tak logik dan pengotor, nak ludah! Amboi kemain brother Armand ni! Dah tengok video 'Panglima Ludah'? Kalau tak tengok lagi, sila lah tengok. Tapi bersedia untuk gelak! Hahaha alang2 tu tengok la sekali versi remix dan kutuk :p Armand ni orang UMNO/PERKASA, jenis yang extrimis2 tu la, tu yang sampai nak ludah2 tu! Punya la marah kononnya turunkan bendera pemimpin diorang kurang ajar, tak beradab. Hmm aku nak tanya pulak, kawan2 korang pijak dan bakar gambar Ketua Menteri Penang tu ok pulak? Beradab? Ada yang lagi teruk kencing kat gambar Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Hadi Awang. Eh beradabnya!
Eh ada kena ludah tak mamat ni? |
Amboi tak jumpa toilet ke bang? |
Ok ni je la for now, thanks for reading. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment