Search This Blog

Thursday 15 December 2011

LOGIK???

 Assalamualaikum and salam sejahtera...

     Tadi aku ngan kawan aku jalan kaki balik dari breakfast nak ke kolej. Jalan2 bila sampai kat gate tu polis bantuan/guard tahan kitorang. Dia tanya la mana kad pelajar? Nasib baik aku bawak so aku keluarkan terus pakai tapi kawan aku tak bawak haha. Nasib la polis tu baik dia tak la bagi saman ke apa ke. Sebelum ni aku dah kena T_T Lepas tu dia tegur kitorang sebab pakai selipar. Padahal baju seluar kitorang semua ok, kitorang pakai pakaian macam pegi kelas tu la, cuma pakai selipar! Kitorang pun tak cakap banyak just angguk je la. Salam pak cik tu lepas tu blah. Pastu dalam perjalanan kitorang sembang la pasal ni.

     Kitorang sebenarnya pelik ngan universiti ni. Takyah la sebut nama universiti nanti kena gantung pulak! hahaha. Tapi korang fikir, logik tak? Kat universiti ni perempuan pakai ketat2, terbonjol sini sana ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan tak pakai tudung ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan rambut karat habis ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan pakai short sampai nampak selulit semua bagai ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Perempuan pakai baju cleavage semua nampak macam Mariah Kari ok, laki pakai selipar tak ok. Logik? Paling tak logik perempuan pakai selipar ok, laki pakai selipar tak ok! LOGIK???

     Aku bukanlah nak hentam uni ni ke apa ke cuma korang fikir la sendiri apa kejadahnya peraturan camni? Are there two sets of rules here? Satu untuk perempuan satu untuk laki? Dalam Islam sendiri pakai ketat2, tunjuk cleavage, tunjuk rambut tu rasanya tak boleh untuk perempuan, tapi pakai selipar tak boleh ke? Mungkin ni lah jadinya kalau universiti yang lebihkan Melayu dari Islam. Tak pakai tudung ok, tak pakai selipar saman! Gila punya peraturan. Mungkin diorang ni tak rujuk al-Quran sebelum buat peraturan kot. So sorry tapi harap2 janganlah gantung aku, i'm just expressing my view. So pelis change! Kbye

Assalamualaikum :)

p/s: Aku mengalu-alukan langkah kerajaan memansuhkan seksyen 5 AUKU. Jangan pulak lupa pinda Akta 174 UiTM!

2 comments:

  1. yeah..camni la ex roommate aku. tp mmg at last kau tulis jugak name uitm kan..hahaha

    ReplyDelete