Search This Blog

Wednesday 5 October 2011

iPhone 4asS

Assalamulaikum and salam sejahtera :)

     How are uolls? Haha so semalam at last Apple announce jugak iPhone terbaru diorang. Banyak orang yang diperbodohkan dan terbodoh oleh Apple. Awat? Sebab ramai orang ingat diorang akan announce iPhone 5! Orang2 bodoh ni termasuk la aku -_- Last2 baru diorang bagitau it's iPhone 4asS 4S. Sekali lagi Apple yang kemain kampit lagi harga2 produknya buat benda bodoh. Keluarkan produk yang sama je! Basically iPhone 4asS ni cuma minor improvement je dari iPhone 4. So kalau ada jugak kipas-susah-mati Apple yang nak beli benda ni tak tau la nak cakap apa! Korang tunggu jelah iPhone 5 nanti, itu pun takde beza mungkin warna je emas *LAME*

Ni la iPhone 4asS. Design pun sama je ngan iPhone 4

     So basically design pun sama je dengan iPhone 4, cuma tambah sikit je macam processor and RAM. Baca specs kat sini iPhone 4S. Kemain poyo lagi diorang ni siap cakap the best iPhone yet! Haha tapi diorang tak berani nak sebut the best smartphone ;) Ini kerana the best smartphone haruslah android! Sebagai peminat setia android aku tau android lah yang terbaik dulu, kini dan selamanya *pinjam tagline UMNO* Alang2 dah buat entry pasal phone ni elok la aku buat promotion skit. Buat sesiapa yang nak memasuki alam smartphone, pastikan android menjadi pilihan anda. Android boleh menjamin masa hadapan yang cerah :] *ehh* Haha sebabnya apa? Android menyediakan:

1) Application percuma 100% (ada yang kena bayar tapi boleh download free). Kalau iPhone kau merayu melutut la kat kaki Apple, tak dapatnya apps free! Most of the apps kena bayar. So fikirlah mana elok kan :)

2)Variety of choices. Ini la kebagusan android, variation. Tak la macam iPhone kan? Dah la rupa semua lebih kurang je! Sangat LAME k! Android ni memacam ada, Sony Ericsson (my favourite) ada, HTC ada, Samsung ada. Haa nak sebut semua kat sini hilang kebosanan aku nanti. Cakap je apa nak semua ada android ni. Apple mampu?

3)Harga yang murah. Ini the best! Boleh dikatakan android ni murah la untuk smartphone. Murah harga tapi maruah mahal! Bukan cam iPhone, puii *ludah* Ahaa android ni kira cam budget phone la jugak. Kalau low-end phone tu boleh dapat dalam RM400 je. Mid-end RM 600 camtu dah boleh dapat kalau high-end pulak RM1200 camtu boleh dapat dah. Murah kan? Tak la kampit cam iPhone, RM2000 lebih! Kau gila pakai phone camtu mahal? Orang gila cam roommate aku ye la *pandai2 la terasa* RM2000 tu kumpul lama2 boleh pegi umrah :)

     Haaa itu la sikit sebanyak pasal android, cukup bagus kan? Apa lagi, berubahlah sebelum terlambat :p Alang2 tu jugak eloklah aku promote satu phone android ni pasal aku pun pakai ahaha! Phone tersebut adalah Sony Ericsson Xperia Play. Bolehlah baca specsnya. Phone ni first smartphone Playstation certified tau. Kalau kaki2 game tu eloklah dapatkan. Phone ni high-end tapi harga amat berpatutan. iPhone mampu? To me this is the best phone i've ever used and to simply put it, it's AWESOME. So kalau sesapa nak beli iPhone 4asS tu, eloklah fikir balik, muhasabah diri, solat istikharah. Insyaallah korang akan dapati android lebih baik :)

Ni la handphone kesayangan saya :)
Ok so cukuplah buat posting ni. Tujuan entry ni bukanlah nak mengutuk iPhone 4asS eh 4S cuma pada aku Apple ni macam tak bijak la. Kan elok korang buat sesuatu yang lebih baru dan tak terlalu klise'. Tapi nak buat camne? Nampak gayanya Apple lagi sayangkan duit dari pelanggan. So eloklah android menjadi pilihan. Android sentiasa dihatiku...

That all! assalamualaikum...

p/s: korang perasan tak aku langsung tak mention smartphone yang lain cam Blackberry, Bada, Nokia? Haaa sebabnya phone2 ni lagi LAME! Langsung tak boleh nak lawan iPhone and Android haha. Eh taklaa actually it's up to own view. Tak kisahlah korang nak pakai phone apa kan asal ada :) So pengguna iPhone, Blackberry dan lain2 jangan marah... hehe


2 comments: