
Korang dengar tak pengumuman PM semalam? Terasa rugi sangat sebab tak dengar! haha. Dengar cerita macam2 berita baik diumumkan suami Kak Mah ni! Yang paling best, ISA MANSUH!!! Bila dengar je berita ni rasa best pulak. Walaupun takde la pernah join demo Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kan? haha tapi rasa macam menyumbang :) Ehh ada sumbangan ke? Maybe in the future la. Nah baca ni! Semua yang Najib janjikan. Tapi pasti ke janji tak tinggal janji? http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-isa-dimansuh-tiga-proklamasi-darurat-dibatal/
Actually post ni bukan la nak cerita pasal Hari Malaysia sangat pun. Sebenarnya selama rasa pelik sangat kenapa beberapa tahun belakangan ni macam tak meriah sangat Hari Kemerdekaan kita? Macam ada something fishy~ So kalau boleh bagi la feedback kenapa jadi camtu. Rakyat Malaysia tak patriotik? Tak puas hati dengan sesuatu? Apa korang rasa? Tapi frankly i personally think there's no need for a celebration... *tak patriotiknya aku*. Jap2. Korang dah tengok video Undilah? Bagi yang belum, HAMBIK!
Sekarang ni nak cerita pulak pasal Hari Malaysia tahun ni. What do you think i spent the whole day doing? Pergi open house! Ya Allah sumpah penat. Pelik pun ada diorang ni apa kejadahnya buat open house hari Jumaat? -______- Pagi2 dah pergi ke Rawang, ada 2 buah rumah. Lepas tu balik2 terus pergi solat Jumaat. Balik je solat Jumaat terus siap2 pergi lagi rumah2 saudara! Dalam hati ni cakap "diva sangat ke parents aku ni? banyak benor jemputan!" Dah la I have to do all the driving -_- Dapat gaji masyuk jugak! Haha tapi takpe la sekurangnya dapat jugak la jumpa sedara mara yang dah lama hilang. Nenek sedara tu dah 5 tahun tak jumpa! Tapi rasa pelik jugak awat jumpa sedara mara time raya je? Time lain tak boleh? :/ Itulah Melayu! Tapi kira ok la buat Jejak Kasih skit hari ni :p haha. Korang buat apa Hari Malaysia ni?
Dah2 sebelum merepaek lagi jauh baik la berhenti di sini. I think that's all for this post. Sumpah rasa macam tak kena mengena ngan tajuk kan? haha. Lantak la apa aku kisah ;)
Assalamualaikum, Selamat Malam dan Happy Malaysia Day!
No comments:
Post a Comment